BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 18 April 2011

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Erti Cinta Sejati

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya ??
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
*****************************************
“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati…cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya…”
*****************************************
hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘cinta’ kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya…maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari….

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Sunday, 17 April 2011

Kewangan Diri



Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi

Bukan sedikit nama-nama yang telah disenaraihitamkan kerana tidak melunaskan pinjaman wang sewaktu belajar di IPT, baik pinjaman PTPTN, MARA dan sebagainya. Seram sejuk juga dibuatnya, lebih-lebih lagi bila umum tahu yang ramai mengambil pinjaman pendidikan ini ialah kaum Melayu. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Ibu bapa yang tidak menyediakan tabungan untuk anak-anak belajar atau anak-anak yang tidak menggunakan pinjaman ini dengan sebaiknya?

Jawapannya mungkmin kedua-duanya sekali. Ibu bapa Melayu memang kurang merancang untuk menyediakan tabungan pelajaran untuk anak-anak. Apa tidaknya, jika ditinjau daripada peratusan yang mempunyai polisi takaful, hanya enam peratus berbanding yang punyai polisi insurans melebihi 50 peratus. Ini pun kita buat andaian orang Melayu beragama Islam hanya mengambil polisi takaful, bukannya insurans konvensional. Jika ada lagi kita yang beragama Islam melanggani polisi hayat insurans, cepatlah bertaubat dan hijrahlah ke takaful… Dan apabila polisi takaful berkuat kuasa, serah semula insurans-insurans anda. Saya bukan mahu promosikan takaful, tetapi soal halal haram ini kenalah ambil berat, baru dapat keberkatannya.

Pernah suatu ketika kami menerima ‘shopping bag’ polisi insurans daripada seorang individu yang bertaubat dan inginkan kami hijrahkan kesemua polisi insurans beliau. Alhamdulilah, setelah membuat analisis terperinci, polisi insurans yang diambil beliau banyak yang bertindih dan ternyata jumlah perlindungannya kecil berbanding premium yang telah beliau bayar.Pengakuannya adalah beliau susah hendak menolak ejen insurans yang sering datang ke pejabatnya.

Yang ingin saya tekankan kepada para pelajar yang baru sahaj mengambil wang pinjaman ini, sila ambil iktibar daripada apa yang saya huraikan ini. Pinjaman yang diberi merupakan amanah supaya ia digunakan untuk pembelajaran anda dan bukan untuk membeli telefon bimbitatau gajet-gajet lain yang canggih-canggih!

Tindakan Peminjam

Ingin saya cadangkan kepada anda yang telah mengambil wang pinjaman pengajian tinggi 
supaya membuat tindakan untuk:

1) Membuat perlindungan – Langgani produk takaful ‘saving plans’ yang cuma dikenakan sekitar RM934 setahun atau RM62.69 sebulan untuk pelan tabungan selama 25 tahun bagi perlindungan RM100,000 (RM50,000 basic dan RM50,000 terms). Jika sampai tempoh 25tahun dan anda masih hidup, insyaAllah manfaat serahan yang anda dapat adalah RM33,661.89. Sebaliknya jika anda meninggal dunia sebagai pelajar, manfaat kematian mencecah RM100,000 untuk waris tercinta.

2) Mulakan pelaburan dalam saham amanah – yang mempunyai pulangan tahunan sekitar 10 peratus setahun. Jika mampu, RM200 sebualn selama 3 tahun.Maka tabungan terkumpul adalah RM8,368. Sebaliknya jika RM100, tabungan akan mencecah RM4,184.02 dan bagi RM150, tabungan akan meningkat ke RM6,276.03.
Kedua-dua pelan perlindungan dan pelaburan ini menjadikan anda lebih bersedia menempuh dunia dewasa dan cabaran kewangan yang bakal ditempuh. Rajin-rajin belajar dalam bidang yang diceburi dan jangan lupa juga untuk memahami dunia kewangan. Pemborosan dan pembaziran merupakan perangai syaitan dan kita dilarang untuk menjadi seperti makhluk terkutuk ini seperti yang disebut di dalam surah al-Isra’, ayat 27:
“Sesungguhnya orang-orang yang boros, adalah saudara-saudara bagi syaitan-syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhannya.”

Sebagai ibu bapa pula, berilah selalu ingatan kepada anak-anak. Dedahkanlah kepada mereka ke dunia kewangan ini secepat mungkin.Yang pasti mereka sudah pandai berbelanja seawal lima atau enam tahun, tetapi ramai dikalangan anak kita hnaya pelajario tabungan, perlindungan dan tabungan apabila mereka telah membuat kesilapan kewangan.

Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran dan di Internet mengenai pengurusan kewangan untuk remajadan buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki bertajuk Rich Dad Poor Dad dan laman webnya www.richkidsmartkid.com sesuai untuk anda mula mengajar anak-anak tentang ilmu kewangan. laman web ini lengkap dengan permaianan yang anak-anak akan pelajari tentang modal, keuntungan dan sebagainya. Ini sangat sesuai untuk anak-anak di tadika. Lebih awal mereka belajar tentang untung rugi, insyaAllah mereka akan menjadi insan yang lebih peka tentang kewangan. Apabila menjadi remaja kelak, doakanlah mereka bukan hanya pandai belanja duit emak dan ayah sahaja!

(Petikan dari Muka surat 17-19, “Ke Mana Wang Anda?”, Hajah Rohani)

Buat Pasangan Yang Baru Berkahwin

Sekarang adalah masa yang sangat tepat untuk mula merancang kewangan sebaik mungkin demi masa depan keluarga masing-masing. Sebagai langkah awal, saya mencadangkan agar kalian mencari dan membeli buku ini di mana-mana kedai buku. Setakat ini, saya telah jumpa di dua kedai buku, iaitu di Kedai Buku KLIA (lupa nama kedai buku tersebut), Kedai Buku di Masjid India dan Kinokuniya KLCC.

Juga, cuba dapatkan buku yang disarankan oleh penulis iaitu Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga (BPPKK), yang dikeluarkan oleh BNM untuk individu dan keluarga.

Akhir kata untuk kali ini, selamat merancang dan memiliki Manhaj Kewangan Peribadi dan Keluarga!

Kita merancang dan Allah yang menentukan.

Sekian, untuk perkongsian bersama.

Friday, 15 April 2011

Cara Menurunkan Berat Badan

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan . Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!