Sunday, 17 April 2011
Kewangan Diri
Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi
Bukan sedikit nama-nama yang telah disenaraihitamkan kerana tidak melunaskan pinjaman wang sewaktu belajar di IPT, baik pinjaman PTPTN, MARA dan sebagainya. Seram sejuk juga dibuatnya, lebih-lebih lagi bila umum tahu yang ramai mengambil pinjaman pendidikan ini ialah kaum Melayu. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Ibu bapa yang tidak menyediakan tabungan untuk anak-anak belajar atau anak-anak yang tidak menggunakan pinjaman ini dengan sebaiknya?
Jawapannya mungkmin kedua-duanya sekali. Ibu bapa Melayu memang kurang merancang untuk menyediakan tabungan pelajaran untuk anak-anak. Apa tidaknya, jika ditinjau daripada peratusan yang mempunyai polisi takaful, hanya enam peratus berbanding yang punyai polisi insurans melebihi 50 peratus. Ini pun kita buat andaian orang Melayu beragama Islam hanya mengambil polisi takaful, bukannya insurans konvensional. Jika ada lagi kita yang beragama Islam melanggani polisi hayat insurans, cepatlah bertaubat dan hijrahlah ke takaful… Dan apabila polisi takaful berkuat kuasa, serah semula insurans-insurans anda. Saya bukan mahu promosikan takaful, tetapi soal halal haram ini kenalah ambil berat, baru dapat keberkatannya.
Pernah suatu ketika kami menerima ‘shopping bag’ polisi insurans daripada seorang individu yang bertaubat dan inginkan kami hijrahkan kesemua polisi insurans beliau. Alhamdulilah, setelah membuat analisis terperinci, polisi insurans yang diambil beliau banyak yang bertindih dan ternyata jumlah perlindungannya kecil berbanding premium yang telah beliau bayar.Pengakuannya adalah beliau susah hendak menolak ejen insurans yang sering datang ke pejabatnya.
Yang ingin saya tekankan kepada para pelajar yang baru sahaj mengambil wang pinjaman ini, sila ambil iktibar daripada apa yang saya huraikan ini. Pinjaman yang diberi merupakan amanah supaya ia digunakan untuk pembelajaran anda dan bukan untuk membeli telefon bimbitatau gajet-gajet lain yang canggih-canggih!
Tindakan Peminjam
Ingin saya cadangkan kepada anda yang telah mengambil wang pinjaman pengajian tinggi
supaya membuat tindakan untuk:
1) Membuat perlindungan – Langgani produk takaful ‘saving plans’ yang cuma dikenakan sekitar RM934 setahun atau RM62.69 sebulan untuk pelan tabungan selama 25 tahun bagi perlindungan RM100,000 (RM50,000 basic dan RM50,000 terms). Jika sampai tempoh 25tahun dan anda masih hidup, insyaAllah manfaat serahan yang anda dapat adalah RM33,661.89. Sebaliknya jika anda meninggal dunia sebagai pelajar, manfaat kematian mencecah RM100,000 untuk waris tercinta.
2) Mulakan pelaburan dalam saham amanah – yang mempunyai pulangan tahunan sekitar 10 peratus setahun. Jika mampu, RM200 sebualn selama 3 tahun.Maka tabungan terkumpul adalah RM8,368. Sebaliknya jika RM100, tabungan akan mencecah RM4,184.02 dan bagi RM150, tabungan akan meningkat ke RM6,276.03.
Kedua-dua pelan perlindungan dan pelaburan ini menjadikan anda lebih bersedia menempuh dunia dewasa dan cabaran kewangan yang bakal ditempuh. Rajin-rajin belajar dalam bidang yang diceburi dan jangan lupa juga untuk memahami dunia kewangan. Pemborosan dan pembaziran merupakan perangai syaitan dan kita dilarang untuk menjadi seperti makhluk terkutuk ini seperti yang disebut di dalam surah al-Isra’, ayat 27:
“Sesungguhnya orang-orang yang boros, adalah saudara-saudara bagi syaitan-syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhannya.”
Sebagai ibu bapa pula, berilah selalu ingatan kepada anak-anak. Dedahkanlah kepada mereka ke dunia kewangan ini secepat mungkin.Yang pasti mereka sudah pandai berbelanja seawal lima atau enam tahun, tetapi ramai dikalangan anak kita hnaya pelajario tabungan, perlindungan dan tabungan apabila mereka telah membuat kesilapan kewangan.
Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran dan di Internet mengenai pengurusan kewangan untuk remajadan buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki bertajuk Rich Dad Poor Dad dan laman webnya www.richkidsmartkid.com sesuai untuk anda mula mengajar anak-anak tentang ilmu kewangan. laman web ini lengkap dengan permaianan yang anak-anak akan pelajari tentang modal, keuntungan dan sebagainya. Ini sangat sesuai untuk anak-anak di tadika. Lebih awal mereka belajar tentang untung rugi, insyaAllah mereka akan menjadi insan yang lebih peka tentang kewangan. Apabila menjadi remaja kelak, doakanlah mereka bukan hanya pandai belanja duit emak dan ayah sahaja!
(Petikan dari Muka surat 17-19, “Ke Mana Wang Anda?”, Hajah Rohani)
Buat Pasangan Yang Baru Berkahwin
Sekarang adalah masa yang sangat tepat untuk mula merancang kewangan sebaik mungkin demi masa depan keluarga masing-masing. Sebagai langkah awal, saya mencadangkan agar kalian mencari dan membeli buku ini di mana-mana kedai buku. Setakat ini, saya telah jumpa di dua kedai buku, iaitu di Kedai Buku KLIA (lupa nama kedai buku tersebut), Kedai Buku di Masjid India dan Kinokuniya KLCC.
Juga, cuba dapatkan buku yang disarankan oleh penulis iaitu Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga (BPPKK), yang dikeluarkan oleh BNM untuk individu dan keluarga.
Akhir kata untuk kali ini, selamat merancang dan memiliki Manhaj Kewangan Peribadi dan Keluarga!
Kita merancang dan Allah yang menentukan.
Sekian, untuk perkongsian bersama.
Posted by Amirah Asumi Ashaari at 16:48
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment